Related Articles

Awal bertemu ajal di Terengganu dan Kelantan

Semasa British menyerahkan kuasa kepada golongan elit tempatan selepas hampir dua abad bawah penjajahan pada tahun 1957, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) berada dalam keadaan yang tidak memberangsangkan. Maka tidak mengejutkan yang jangka hayat penduduk di Malaya[1] pada tahun 1960 jauh ketinggalan berbanding penduduk British pada tahun yang sama. Seorang bayi yang lahir di Malaya pada tahun 1960 dijangka hidup sehingga umur 59.48 tahun, menurut data dari Bank Dunia[2] , berbeza dengan di United Kingdom di mana jangka hayat pada tahun yang sama adalah 71.13 tahun.

Pembangunan yang pesat di Malaysia dalam beberapa dekad seterusnya telah berjaya mengecilkan jurang tersebut. Hari ini, seorang bayi yang lahir di bawah bayang deretan bangunan pencakar langit di Malaysia pada tahun 2017 dijangka hidup sehingga umur 72.7 tahun – 22% lebih lama dari datuknya dua generasi sebelum itu, menurut statistik terkini dari Jabatan Statistik Malaysia (DOSM).[3] Sebagai perbandingan, jangka hayat bagi seorang bayi lelaki pada tahun sama di UK ialah 79.5 tahun.[4]

if(“undefined”==typeof window.datawrapper)window.datawrapper={};window.datawrapper[“gmxPP”]={},window.datawrapper[“gmxPP”].embedDeltas={“100″:612,”200″:489,”300″:431,”400″:431,”500″:400,”700″:400,”800″:400,”900″:400,”1000”:400},window.datawrapper[“gmxPP”].iframe=document.getElementById(“datawrapper-chart-gmxPP”),window.datawrapper[“gmxPP”].iframe.style.height=window.datawrapper[“gmxPP”].embedDeltas[Math.min(1e3,Math.max(100*Math.floor(window.datawrapper[“gmxPP”].iframe.offsetWidth/100),100))]+”px”,window.addEventListener(“message”,function(a){if(“undefined”!=typeof a.data[“datawrapper-height”])for(var b in a.data[“datawrapper-height”])if(“gmxPP”==b)window.datawrapper[“gmxPP”].iframe.style.height=a.data[“datawrapper-height”][b]+”px”});

You are unauthorized to view this page.

Kejatuhan Pemerintahan Etnosentrik Elit di Malaysia

Rusuhan kaum Mei 1969….sekali lagi mengukuhkan “perjanjian bersejarah” di antara UMNO-MCA-MIC sebagai asas Malaysia baru. Adakah “perjanjian” ini akan terus menjadi asas politik dan masyarakat Malaysia untuk selamanya di masa hadapan? Kita hanya mampu tunggu dan lihat.

-Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya

To access this post, you must purchase a Membership or Tote Bag + Sticker Bundle.

Mendalami Evolusi Perkataan Pendatang

Perkataan “pendatang” yang seolah senjata digunakan bagi merujuk bukan sahaja kepada kelompok migran yang lain, tetapi juga orang Malaysia yang bermastatautin di Semenanjung, dengan nada mencerca dan menghina. Dahulu perkataan neutral yang tiada maksud politik, pendatang berubah menjadi sinekdok—dengan maksud moden baharu—bermula dari penghujung 1970an dan 1980an. Kini, pendatang digunakan oleh ahli politik Malaysia sebagai peralatan menyisih dalam kerangka politik identiti. Makalah ini membentangkan bahawa terma ini semakin berpengaruh menurut peredaran masa, tetapi turut menganalisis cara kelompok-kelompok terjejas cuba menyangkal dan melawan penggunaan ini.

Meskipun saya dari latar belakang komuniti minoriti, saya mula mengenali etimologi perkataan pendatang berikutan interaksi dengan seorang wanita yang telah bergelar migran luar aturan di Malaysia seumur hidupnya.

To access this post, you must purchase a Membership or Tote Bag + Sticker Bundle.