Hello!
Stay up to date with New Naratif’s latest stories and upcoming events with our weekly newsletter. No spam, just good content.
Media arus perdana cenderung membuat liputan pilihanraya di Singapura secara tidak adil dan dengan cara remeh. Pendekatan ini menyisihkan rakyat yang mahu berbincang secara serius tentang isu berkaitan. Ia menjadikan rakyat seolah-olah penyumbang pasif kepada proses pilihanraya. Rakyat berhak menerima keadaan yang lebih baik.
Bagaimana mereka yang tidak pernah mendapat peluang untuk berbual secara langsung dengan calon-calon dan ketua-ketua parti dapat meluahkan kebimbangan mereka?
New Naratif mengumumkan inisiatif baru: Agenda Rakyat.
Sebagai penerbitan bebas yang menerima dana daripada pembaca, kami akan mengenalpasti apa yang dianggap penting oleh anda, pembaca kami. Kebimbangan anda kemudian akan digunakan sebagai panduan kepada liputan kami, di samping artikel mendalam berasaskan bukti yang kami terbitkan mengenai Singapura. Kami percaya kepada pembaca kami dan akan melaporkan secara telus dan jujur mengenai isu-isu yang penting bagi anda.
Untuk melakukan ini, kami perlu tahu apa yang anda fikirkan. Berikut adalah bagaimana ia dilakukan:
1. Kami akan mengkaji selidik komuniti kita dan bertanya apakah isu yang penting bagi anda:
“Pada pendapat anda, apakah isu-isu yang anda anggap penting kepada Singapura? Apa yang anda rasa patut dibincangkan oleh calon-calon dalam usaha mereka untuk meraih undi di pilihanraya akan datang?”
2. Kami akan menganalisis respons yang diterima dan mengeluarkan senarai isu, kemudian meminta anda untuk membantu kami memilih 5 isu paling penting.
3. New Naratif akan menerbitkan artikel berasaskan isu-isu ini dalam semua format kami. Ini termasuklah artikel menyeluruh berdasarkan bukti; penyelidikan; terbitan penjelasan; podcast; komik dan video.
4. Kami juga akan mengambil lima isu teratas ini dan memanggil setiap pihak dan calon untuk mengutarakan isu-isu ini dan menyenaraikan semua respons mereka di laman web New Naratif. Anda boleh mencari calon mengikut nama dan kawasan pilihanraya dan melihat bagaimana mereka menjawab soalan-soalan tesebut (atau tidak mahu memberi sebarang respons).
Menggunakan agenda ini, kami akan berikhtiar untuk memastikan bahawa liputan pilihanraya tertumpu kepada isu-isu yang anda atau komuniti rasakan penting.