Agenda Rakyat Singapura 2022

Hello!

Stay up to date with New Naratif’s latest stories and upcoming events with our weekly newsletter. No spam, just good content.

* indicates required

 Agenda Rakyat Singapura
2022

Suara dan kebimbangan anda penting. Marilah kita mendengarkannya.

Photo by Rogan Yeoh

Sebagai sebuah gerakan demokrasi, kami ingin mengetahui apa yang dititikberatkan rakyat Singapura.

Media arus perdana cenderung membuat liputan mengenai pilihan raya di Singapura dengan cara yang sangat remeh. Pendekatan ini mengasingkan orang yang ingin mengadakan perbincangan yang sebenar mengenai sebarang isu. Ia melayan rakyat sebagai peserta pasif dalam proses pilihan raya. Rakyat berhak mendapat layanan yang lebih baik.

Sertai Agenda Rakyat dan beritahu kami apakah isu yang anda anggap penting kepada Singapura?

Bentukkan liputan kami

Kebimbangan anda akan membentuk liputan kami dan kami ingin anda mengetahui lebih banyak mengenainya. New Naratif akan menghasilkan artikel-artikel yang dibentuk oleh isu-isu ini merentas semua format kami supaya anda boleh membuat keputusan termaklum untuk Pilihan Raya Umum 2025.

Sertai Kelas Demokrasi kami

Kelas Demokrasi New Naratif adalah ruang untuk menuturkan pandangan anda yang anda mungkin tidak pernah berpeluang untuk suarakan sebelum ini. Sertai perbincangan mengenai isu-isu penting yang dihadapi Singapura dan libatkan diri secara politik.

Tentukan urutan 5 isu terpenting

Pada Peringkat 2, kami kongsikan isu-isu teratas yang timbul dari kaji selidik kami dan meminta orang di Singapura untuk memilih dan menentukan urutan 5 isu yang terpenting yang dihadapi negara mereka. Undilah dan bentukkan masa depan!

Pastikan anda kekal maklum

Jemputi rakan-rakan dan keluarga anda untuk menjawab tinjaun awam kami. Jadilah orang pertama yang mengetahui mengenai kelas demokrasi yang akan datang dan terima senarai bacaan yang terpilih sebagai persedian untuk Pilihan Raya Umum akan datang dengan mendaftar untuk surat berita mingguan kami.

Apakah kebimbangan anda pada tahun 2019?

Anda memberitahu kami tentang isu-isu yang membimbangkan anda pada tahun 2019. Pada pendapat anda bagaimanakah perkembangan Singapura sejak itu?

Apakah yang akan dilakukan untuk menamatkan diskriminasi terhadap kaum minoriti dalam perumahan dan pasaran kerja?

Nabilah Husna

Pegawai perhubungan

Bagaimakah kita boleh menghadapi krisis iklim yang akan berlaku seperti kenaikan paras laut dan peningkatan tekanan haba?

Yew Leong

Jurutera

Apakah rupa bentuk sebuah dasar dadah yang berasaskan bukti, beretika, berperikemanusiaaan dan berkesan?

Shaik Syasya

Pereka Web

Isu-isu yang penting kepada rakyat. Hak mendapat pekerjaan, barangan dan perkhidmatan yang lebih murah termasuk perubatan, kesaksamaan kaum, dan hak LGBTQ.

Saroja Dorairajoo

Pensyarah Kanan, NUS

Bagaimanakah rakyat dan kerajaan boleh mewujudkan ketelusan dalam pentadbiran kita untuk mewujudkan sebuah negara yang benar-benar progresif?

Rachel Loh

Jurugambar dan Pengarah Seni

Apakah prinsip-prinsip yang harus membentuk dasar anda berkenaan kebebasan akhbar, kebebasan bersuara, dan kebebasan maklumat?

Isabelle Lim

Wartawan

Ketahui bagaimana kami mengendalikan Agenda Rakyat 2019.

Jadilah sebahagian daripada Agenda Rakyat

New Naratif ialah penawar kepada persoalan lazim “Begitu banyak yang tidak kena dengan dunia, apakah yang boleh saya lakukan?” Kami percaya dunia yang lebih baik adalah mungkin, oleh itu kami menyediakan maklumat yang bukan sahaja membawa perhatian anda kepada masalah yang sedia ada tetapi juga menyatukan orang ramai melalui penglibatan komuniti dan aktiviti penyertaan sivik kami untuk mencari penyelesaian kolektif.  


Dengan Agenda Rakyat, kami akan membantu memastikan liputan pilihan raya berfokus kepada isu-isu yang penting kepada anda, warga komuniti kami. Inilah cara Agenda Rakyat Singapura berfungsi:

Peringkat 1: Jawab Soal Selidik

Kami akan menggunakan platform kaji selidik profesional untuk bertanya kepada 1,200 orang di Singapura: Pada pendapat anda, apakah isu yang anda anggap penting kepada negara anda? Pada pendapat anda, apakah yang patut dibincangkan calon-calon apabila mereka bersaing untuk mendapatkan undi anda pada pilihan raya umum akan datang dan yang seterusnya? Dengan menggunakan platform ini, ia bermakna kami akan mendapatkan sampel perwakilan secara statistik di seluruh Singapura yang menggambarkan kepelbagaiannya dengan tepat.

Pada masa yang sama, kami juga ingin mendengar daripada komuniti New Naratif kami. Kami akan menjemput anda untuk menjawab soalan sama melalui kaji selidik awam.

Kemudian kami akan, secara berasingan, menganalisis dan mengeluarkan senarai respons-respons daripada kedua-dua kumpulan (sampel kaji selidik profesional dan komuniti awam).

Peringkat 2: Tentukan Urutan Isu-Isu Terpenting

Kami berkongsi isu-isu teratas yang timbul dari kaji selidik kami dan meminta orang dari kedua-dua kumpulan untuk memilih dan tentukan urutan 5 isu yang terpenting yang dihadapi Singapura.

Peringkat 3: Fahami Isu-Isu

Kami menerbitkan penemuan kami dari kedua-dua kaji selidik. Kami juga menauliahkan dan menghasilkan artikel-artikel, audio siar, dan penerangan untuk membantu orang ramai memahami isu-isu ini dengan lebih mendalam.

Peringkat 4: Sertai Kelas Demokrasi 

Kami menggunakan penemuan dan sumber-sumber kami untuk mencipta siri Kelas Demokrasi untuk mendidik dan memperkasa komuniti kami untuk mengambil tindakan untuk pilihan raya akan datang.

Luahkan fikiran anda. Bentukkan masa depan.

Tidak dapat melihat selidik?