Related Articles
Undang-undang Dadah Malaysia Menghukum Mati Wanita Rentan
Kebanyakan wanita yang dijatuhkan hukuman mati di Malaysia didakwa di bawah undang-undang dadah yang gagal mengambil kira keadaan sosio-ekonomi mereka. Bagi memastikan keadilan yang saksama, undang-undang ini perlulah diubah, tulis Ngeow Chow Ying.
“Kami Tidak Boleh Berdiam Diri Sahaja”: Tukang Cuci Hospital Malaysia Tunjuk Perasaan Di Tengah-Tengah Pandemik
Tukang cuci hospital di Malaysia menghadapi berpuluhan tahun bergaji rendah, persekitaran kerja yang mencabar dan sikap tidak peduli daripada majikan mereka. Kini di barisan hadapan dalam perjuangan melawan COVID-19, mereka turun ke jalan untuk menuntut keadilan.
“Saya Kehilangan Pendidikan Saya”: Pelarian di Malaysia Menghadapi Jurang Persekolahan Yang Membesar
Pengarang: Jaw Tu Hkawng Pengarang: Emily Fishbein Juru gambar: Benjamin Penterjemah: Tina Carmillia
Pada bulan Oktober, Lian*, 15, seorang pelarian Chin dari Myanmar yang tinggal di Kuala Lumpur, berhenti sekolah untuk bekerja. Dua daripada tiga orang yang berpendapatan dalam keluarganya yang berjumlah tujuh orang itu, kehilangan pekerjaan dan wang untuk yuran persekolahan Lian sebanyak RM 100 (kira-kira $25 USD) sebulan sudah habis.
“Ayah saya menyuruh saya berhenti sekolah kerana dia tidak mampu menanggung yuran pendidikan saya,” kata Lian, yang berharap untuk berkhidmat untuk komunitinya sebagai pemuzik di gerejanya. Kini, dia menjual kasut di sebuah pusat membeli-belah. Dia berkata dia rindu akan guru-guru dan rakan-rakan sekelasnya, serta dorongan yang telah mereka berikan untuk meneruskan pembelajarannya. “Dalam tempoh yang sukar ini, saya harus mengutamakan mata pencarian keluarga saya,” dia memberitahu New Naratif.
You are unauthorized to view this page.
Kehidupan, Kematian dan Satu Penantian
Penulis: Emily Ding Artist: Charis Loke Translator: Adriana Manan Infographic Designer: Ellena Ekarahendy
Pada Oktober tahun lalu, beberapa bulan selepas pengundi Malaysia menumbangkan koalisi politik yang memegang tampuk pemerintahan semenjak 1957, Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mengumumkan bahawa hukuman mati akan dimansuhkan sepenuhnya buat semua kesalahan di dalam negara.
Pada Januari 2019, di sebuah mesyuarat yang diulit emosi bersama ahli keluarga banduan hukuman mati, dia berkata, “Saya percaya jika kamu berasa membunuh adalah satu kesalahan, kamu tak mungkin akan menyokong jika kerajaan melakukannya.”