Agenda Rakyat 2022

Hello!

Stay up to date with New Naratif’s latest stories and upcoming events with our weekly newsletter. No spam, just good content.

* indicates required

Agenda Rakyat
2022

Bagaimanakah mereka yang tidak pernah berpeluang untuk berbicara secara langsung dengan calon-calon dan pemimpin-pemimpin parti memastikan bahawa kebimbangan mereka termasuk dalam agenda? Agenda Rakyat New Naratif adalah ruang untuk orang ramai menyuarakan kebimbangan dan meningkatkan penglibatan politik mereka. Jika anda menetap di Malaysia atau Singapura, skrol ke bawah untuk menyertai kaji selidik awam kami dan kongsikan bersama isu-isu yang anda menganggap adalah penting kepada negara anda. Dengan menggunakan hasil kaji selidik awam ini, kami akan membantu memastikan liputan kami berfokus kepada isu-isu yang penting kepada anda, warga komuniti kami.

Suara anda penting untuk membentuk masa depan negara anda

Sebagai penerbitan bebas yang menerima dana daripada pembaca, kami akan mengenalpasti apakah yang dianggap penting oleh anda, pembaca kami. Kebimbangan anda kemudian akan digunakan sebagai panduan untuk liputan kami, di samping artikel mendalam berasaskan bukti yang kami terbitkan mengenai Malaysia dan Singapura. Kami percaya kepada pembaca kami dan akan melaporkan secara telus dan jujur mengenai isu-isu yang penting kepada anda.

Sertai kaji selidik ini

Kongsikan pendapat anda mengenai isu-isu yang anda anggap penting kepada negara anda dan pastikan suara anda didengari. Nama anda dirahsiakan daripada maklum balas anda dan kami akan kongsikan respon-respon terpilih di platform media sosial kami.

Keluarkan undi anda

Dari 18hb Julai hingga 5hb Ogos 2022, kami mengalu-alukan anda menolong menetapkan 5 isu-isu terpenting yang dihadapi Malaysia atau Singapura. Pada tahun 2019, kami mendengar daripada rakyat Singapura dan berikut adalah apa yang mereka anggap sebagai isu-isu paling penting yang dihadapi Singapura.

Bincangkan dengan rakan-rakan

Kami akan menyediakan senarai bahan bacaan untuk menyemarakkan perbincangan dan menganjurkan Kelas Demokrasi untuk membolehkan peserta-peserta berbincang tentang isu-isu terpenting yang dihadapi negara-negara mereka. Kelas Demokrasi New Naratif adalah ruang untuk mengutarakan pendapat-pendapat yang anda rasakan belum pernah mendapat peluang untuk disuarakan sebelum ini. 

Pastikan anda kekal maklum

Ikuti kami di Twitter, Instagram dan Facebook untuk menjadi sebahagian daripada perbualan ini dan mengundi 5 isu-isu terpenting yang dihadapi Singapura atau Malaysia. Untuk makluman terkini megenai keputusannya dan Kelas Demokrasi akan datang, daftarlah untuk surat berita mingguan kami.

Pada pendapat anda, apakah isu-isu yang anda anggap penting kepada negara anda?

Kami sedang menjalankan kaji selidik awam untuk Singapura dan Malaysia. New Naratif terus membesar, dan kami merancang untuk berkembang ke seluruh rantau Asia Tenggara. 

Agenda Rakyat New Naratif telah dilancarkan pada tahun 2019 sebagai respon kepada persoalan berikut: “Bagaimanakah mereka yang tidak pernah berpeluang untuk berbicara secara langsung dengan calon-calon dan pemimpin-pemimpin parti memastikan bahawa kebimbangan mereka termasuk dalam agenda?” Kami telah menerima lebih daripada 400 respon daripada rakyat Singapura dan meringkaskannya ke dalam senarai 28 isu-isu terpenting yang dihadapi Singapura. Sejurus selepas itu, kami menauliahkan artikel-artikel yang dibentuk oleh isu-isu ini merentas semua format, termasuklah kewartawanan bentuk panjang yang mendalam dan berasaskan bukti, penyelidikan, penjelasan, audio siar, komik dan video. Sebelum Pilihan Raya Umum Singapura 2020, kami menerbitkan koleksi artikel-artikel tersebut sebagai sebuah buku, Agenda Rakyat Singapura. Kami juga menjemput setiap parti politik untuk mengulas isu-isu tersebut dan akhirnya menyeneraikan semua respon mereka.

Tahun ini, kami mengembangkan Agenda Rakyat untuk meliputi Malaysia. Skrol ke bawah untuk maklumat yang lebih lanjut!

Agenda Rakyat Malaysia 

Sejarah tercipta semasa Pilihan Raya Umum 2018 dengan kemenangan Pakatan Harapan, sekaligus menamatkan pemerintahan Barisan Nasional. Namun, Malaysia sekarang mengalami krisis politik dengan ketidakupayaan Pakatan Harapan untuk membentuk sebuah kerajaan majoriti yang stabil, Langkah Sheraton yang mengalih kuasa kepada Perikatan Nasional, dan protes yang menuntut Perdana Menteri ketika itu meletak jawatan. Agenda Rakyat Malaysia bertujuan untuk mengetengahkan kebimbangan rakyat Malaysia supaya rakyat memainkan peranan aktif dalam proses pilihan raya.


Agenda Rakyat Singapura

Pilihan Raya Umum 2020 di Singapura menandakan perubahan politik yang besar untuk Singapura di tengah-tengah pandemik Covid-19. Penyandang pemerintahan semasa, iaitu Parti Tindakan Rakyat, menyaksikan pengurangan undi yang mendadak, lebih banyak parti dan ahli pembangkang menerobos Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) yang tidak dipertandingkan sebelum ini, dan perbezaan jumlah undi di antara PAP dan parti pembangkang semakin rapat. Keputusan itu jelas: Semakin ramai rakyat Singapura mencari alternatif dan bersedia untuk perubahan. Agenda Rakyat Singapura berazam untuk membina momentum ini dan memperkasakan lagi rakyat Singapura untuk kitaran pilihan raya yang akan datang.

Edisi Agenda Rakyat sebelum ini sangat berjaya.  

  • Ia berjaya meramalkan lima isu teratas yang menjadi tumpuan Pilihan Raya Umum Singapura 2020.
  • Sebuah buku panduan, yang diterbitkan sejurus sebelum pilihan raya, habis terjual cetakan pertamanya dan sedang dalam cetakan kedua.
  • Kelas demokrasi diadakan setiap malam semasa tempoh pilhan raya menyentuh pelbagai isu dan menarik bilangan hadirin yang tinggi yang mengambil bahagian dengan penuh semangat.

Berikutan pilihan raya, Institut Kajian Dasar, sebuah kumpulan pemikir kerajaan, mendapati korelasi antara orang yang menukar undi mereka kepada parti pembangkang dan orang yang “aktif politik”, ditakrifkan sebagai mereka yang membaca media berita alternatif (seperti New Naratif) atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti politik dalam talian seperti menghadiri mesyuarat dalam talian (seperti Kelas Demokrasi New Naratif). Beberapa bulan kemudian, Pejabat Perdana Menteri Singapura memfailkan laporan polis terhadap New Naratif. Siasatan berlanjutan selama lebih setahun sebelum akhirnya ia digugurkan, hanya beberapa hari sebelum kerajaan PAP memperkenalkan undang-undang yang khususnya menyasarkan kepada operasi New Naratif. Nyata sekali, Agenda Rakyat menimbulkan reaksi yang kuat.


Bagaimanakah Agenda Rakyat akan dijalankan?

Pada tahun 2022, kami akan menjalankan Agenda Rakyat di Singapura dan Malaysia. Untuk memastikan capaian yang lebih luas dan representatif, kami merancang untuk menjalankan dua kaji selidik yang berasingan di kedua-dua negara ini.

Setakat 18hb Julai, kami telah tiba di peringkat kedua. Sekarang, kami menjemput anda untuk menyenaraikan 5 isu-isu terpenting yang dihadapi Malaysia atau Singapura.

Peringkat 01

Pada Peringkat 1, kami akan menggunakan platform kaji selidik dalam talian untuk mengutarakan pertanyaan kepada 1,200 orang di Singapura dan Malaysia masing-masing: Pada pendapat anda, apakah isu yang anda anggap penting kepada negara anda? Pada pendapat anda, apakah yang patut dibincangkan calon-calon apabila mereka bersaing untuk mendapatkan undi anda pada pilihan raya umum akan datang dan yang seterusnya? Dengan menggunakan syarikat kaji selidik profesional, ini bermakna bahawa kami akan mendapatkan sampel perwakilan secara statistik merentas kedua-dua negara yang menggambarkan kepelbagaiannya dengan tepat.

Pada masa yang sama, kami juga mahu mendengar daripada komuniti New Naratif kami. Oleh sebab itu, kami mempersilakan anda menjawab soalan-soalan yang sama menerusi sebuah tinjuan awam.

Kemudian kami akan, secara berasingan, menganalisis dan mengeluarkan senarai respons-respons daripada kedua-dua kumpulan (sampel kaji selidik profesional dan komuniti awam).

Peringkat 02

Pada Peringkat 2, kami berkongsi isu-isu teratas yang timbul daripada kaji selidik kami (Singapura / Malaysia) dan bertanya penduduk Singapura dan Malaysia untuk memilih dan menentukan turutan 5 isu terpenting yang dihadapi oleh negara masing-masing.

Peringkat 03

Pada Peringkat 3, kami akan menerbitkan penemuan daripada kedua-dua kaji selidik. Kami juga menauliahkan dan menghasilkan artikel-artikel, audio siar, dan penerangan untuk membantu orang ramai memahami isu-isu ini dengan lebih mendalam.

Peringkat 04

Pada Peringkat 4, kami menggunakan penemuan dan sumber-sumber kami untuk menghasilkan siri Kelas Demokrasi untuk mendidik dan memperkasa komuniti kami supaya mengambil tindakan dalam pilihan raya akan datang.


Ketahui cara kami menjalankan Agenda Rakyat pertama pada tahun 2019:

Pada Peringkat 1, 447 orang memberitahu kami kesemua isu yang mereka anggap peting. Para pembaca boleh melihat data mentah tanpa nama itu dan bagaimana kami merumuskan kesemua 447 respons itu menjadi 28 isu.

Pada Peringkat 2, 678 mengundi dan memilih 5 isu terpenting yang teratas yang dihadapi Singapura. Komuniti kami mempunyai akses kepada keputusan dan analisis untuk semua keputusan serta pecahan data lokasi (mengikut kawasan pilihan raya).

Pada Peringkat 3, kami menerbitkan artikel-artikel tentang isu-isu yang diutarakan. Kesemua artikel tersebut telah disusun menjadi sebuah buku, Agenda Rakyat Singapura.
Pada Peringkat 4, kami bertanya parti-parti politik tentang pandangan mereka mengenai isu-isu yang diketengahkan oleh Agenda Rakyat.


Soalan Lazim

Apakah Agenda Rakyat?

Agenda Rakyat ialah kaji selidik yang mewujudkan ruang untuk orang ramai menyuarakan kebimbangan dan meningkatkan penglibatan politik mereka. Kebimbangan anda akan digunakan sebagai panduan untuk liputan dan Kelas Demokrasi kami untuk membina laluan bagi rakyat supaya terlibat dalam politik, untuk memudahkan masyarakat Asia Tenggara mengambil bahagian sebagai rakyat dalam komuniti mereka.

Apakah tujuan Agenda Rakyat?

Agenda Rakyat adalah untuk memahami perkara yang dititikberatkan oleh anda, para pembaca kami.

Siapakah yang boleh mengambil bahagian dalam Agenda Rakyat?

Untuk edisi tahun ini, rakyat Malaysia dan Singapura dialu-alukan. New Naratif terus membesar, dan kami merancang untuk berkembang ke seluruh rantau Asia Tenggara.

Bolehkah anda memberi penjelasan ringkas tentang bagaimana Agenda Rakyat dikendalikan?

Sila melawat pautan ini.

Apakah yang harus saya lakukan untuk mengambil bahagian dalam Agenda Rakyat?
  • Untuk Peringkat 1 (13hb Jun sehingga 4hb Julai 2022), anda dijemput untuk megisikan borang kaji selidik awam untuk negara anda.
  • Untuk Peringkat 2 (18hb Julai sehingga 5hb Ogos 2022), kami akan menerbitkan senarai semua isu-isu yang telah dikenal pasti oleh responden di negara anda, lalu menjemput anda untuk memilih 5 isu yang terpenting.
  • Ambil bahagian dalam kelas demokrasi kami. 
  • Ikuti perkembangan terkini dengan mendaftar untuk surat berita mingguan kami. 
Bagaimanakah respons-respons daripada kaji selidik akan digunakan?

Semua keputusan maklum balas kaji selidik dan sebarang maklumat yang boleh dikenal pasti akan dirahsiakan dan hanya boleh diakses oleh pasukan penyelidik di New Naratif.

Kami mungkin ingin mengetengahkan beberapa jawapan yang paling menarik daripada kaji selidik awam peringkat 1. Dalam borang kaji selidik ini, anda akan diberikan peluang untuk membenarkan kami mengetengahkan jawapan anda di saluran media sosial kami.


Sertai Agenda Rakyat tahun ini

Kerana suara anda penting.